B S A S
Menghimpunkan enam mercu tanda warisan dalam satu destinasi.
Untuk masa yang terhad, kemasukan ke galeri adalah percuma.
B S A S
Menghimpunkan enam mercu tanda warisan dalam satu destinasi.
Untuk masa yang terhad, kemasukan ke galeri adalah percuma.
- Dibuka setiap hari
- 8:00 AM to 10:00 PM
-
Jln Raja, Kuala Lumpur,
50050 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - enquiries@bsas.com.my
Bangunan Sultan Abdul Samad
Kisah Bangunan Sultan Abdul Samad bermula daripada satu zaman perubahan pentadbiran yang penting dalam sejarah Selangor. Pada tahun 1877, Sultan Sir Abdul Samad menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, menandakan pengenalan sistem pentadbiran berteraskan kaedah pentadbiran kolonial British di bawah bimbingan Residen British Selangor, Kapten Bloomfield Douglas (1876 -1882).
Menjelang Mac 1880, pusat pentadbiran negeri dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur, sekali gus mengukuhkan penguasaan pentadbiran British dan mengurangkan peranan pembesar Melayu. Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid I (Tunku Kudin) melepaskan jawatannya sebagai Yang Di Pertua dan digantikan oleh Raja Muda Musa. Selepas kemangkatan Raja Muda Musa pada tahun 1884, Sultan Sir Abdul Samad sendiri mengambil alih peranan tersebut.
Era ini mencapai kemuncaknya dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Setahun kemudian, pada tahun 1897, Bangunan Sultan Abdul Samad siap dibina sebagai pusat pentadbiran kolonial, yang dikenali sebagai Pejabat Baharu Kerajaan. Sembilan jabatan berpindah masuk dari pejabat lama di Bluff Hill (kini Bukit Aman), iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan (Sekretariat), Pejabat Persekutuan, Perbendaharaan, Audit, Tanah, Ukur, Galian, Jabatan Kerja Raya (Negeri dan Daerah) serta Pejabat Pos Besar.
Direka oleh pasukan Jabatan Kerja Raya Selangor yang terdiri daripada A.C. Norman, R.A.J. Bidwell dan A.B. Hubback, Bangunan Sultan Abdul Samad menampilkan tafsiran tersendiri seni bina British Raj yang menggabungkan pengaruh Mughal, Moor dan Gotik. Pendekatan seni bina ini bertujuan menzahirkan kewibawaan empayar British, sambil mengambil kira latar pemerintah, Sultan Selangor, yang beragama Islam.
Bangunan ini menjadi saksi kepada detik-detik penting dalam sejarah negara termasuk peristiwa penurunan Union Jack dan pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu pada malam menjelang 31 Ogos 1957.
Selepas kemerdekaan, ia terus berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor, menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Perbendaharaan, serta Pejabat Menteri Besar.
Pada tahun 1974, satu detik penting dalam sejarah negara tercatat apabila Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj memperkenankan penyerahan Kuala Lumpur untuk ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan — suatu langkah yang sering dianggap sebagai lambang kebijaksanaan kenegaraan dan pengorbanan demi kepentingan nasional. Bangunan ini kemudian diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan secara rasmi dinamakan Bangunan Sultan Abdul Samad, menggantikan nama terdahulunya, “The Secretariat”.
Bermula tahun 1978, ia menempatkan mahkamah-mahkamah tertinggi negara termasuk Mahkamah Persekutuan (dahulunya Mahkamah Agung) dan Mahkamah Tinggi, sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam sejarah perlembagaan dan kehakiman Malaysia. Mahkamah Persekutuan kemudiannya berpindah ke Putrajaya pada tahun 2003, manakala Mahkamah Tinggi berpindah ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada tahun 2007.
Selepas itu, bangunan ini turut menempatkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, diikuti Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Dinding-dinding Bangunan Sultan Abdul Samad menyimpan seribu kisah — tentang jatuh bangun empayar dan lahirnya sebuah negara merdeka, tentang upacara rasmi serta khidmat bakti kepada rakyat. Hari ini, pemuliharaannya telah disempurnakan oleh Khazanah Nasional Berhad melalui Dana Warisan, sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI serta inisiatif Warisan KL. Mercu tanda negara ini kini dibuka semula sebagai wadah pertemuan segenap lapisan masyarakat — bagi meraikan serta menampilkan kekayaan sejarah dan warisan Kuala Lumpur.
Bangunan Sultan Abdul Samad
Muzium Tekstil Negara
Bangunan Pejabat Pos Besar Lama
Bangunan Mahkamah Tinggi Lama
Bangunan Panggung Bandaraya
Bangunan Pejabat Ukur FMS Lama
More Than a Cultural Destination
The Bangunan Sultan Abdul Samad Complex at Dataran Merdeka is reimagined as a living cultural hub for communities, exhibitions, events, and dining.
What’s Happening
Experience living heritage at Bangunan Sultan Abdul Samad through exhibitions, talks, performances, and curated public programmes.
Lokasi & Arah
Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di kawasan sivik bersejarah Kuala Lumpur dan mudah diakses melalui pengangkutan awam, e-hailing dan kenderaan persendirian.